Guna visa furada daripada syarikat berlesen dengan TH sahaja - Menteri

  • 2 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menasihati orang ramai memilih tawaran visa furada daripada syarikat yang berdaftar dan berlesen sahaja.

Katanya orang ramai seharusnya berurusan dengan Lembaga Tabung Haji dan agensi-agensi pelancongan yang dilesenkan oleh lembaga tersebut iaitu syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) mengenai usaha kerajaan menangani isu penipuan melibatkan visa furada.