Dron kini ada pencabar 'kelawar' Bat Bot

  • 7 years ago
Pesawat dron kini telah mempunyai pencabar apabila pakar mekanikal menghasilkan roboh yang diberi nama Bat Bot.

Bat Bot mempunyai keupayaan terbang dan menjunam seperti kelawar dan mempunyai sayap selebar 45.7 sentimeter.

Pencipta Bat Bot berkata, prototaip 85 gram ini lebih selamat untuk digunakan di lokasi bencana atau zon pembinaan berbanding dron besar dengan bilah berputar.

Penyelidik juga berharap Bat Bot boleh bertenggek terbalik seperti kelawar dan kajian Bat Bot diumumkan dalam kajian jurnal Science Robotics pada semalam.

Recommended