Walau ada hak bersuara tapi ada hadnya - Presiden Majlis Profesor Negara

  • 5 years ago
Pihak universiti berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana siswa yang didapati melanggar peraturan ditetapkan mereka, kata Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Raduan Che Rose.

Bercakap kepada media di Kajang hari ini Raduan bagaimanapun berkata hal itu terserah kepada pihak terbabit kerana masing-masing mempunyai hak sendiri.

Beliau yang kemudian dihubungi Malaysiakini untuk mengulas lanjut perkara itu bagaimanapun kurang bersetuju jika tindakan yang diambil pihak universiti bersifat menghukum (punitif).

“Kalau boleh kita nak kenakan tindakan yang lebih mendidik. Contohnya, kita panggil dia dan berbincang," katanya.