Tun M kenyit mata ketika buat 'mannequin challenge'

  • 7 years ago
Selepas perlancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 14 Januari lalu, parti BERSATU memuat naik 'rakaman mannequin challenge' yang disertai oleh Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan tertinggi parti BERSATU.

Rakaman itu dikongsikan di laman Facebook Siakap Keli dan menjadi tular dengan tontonan menghampiri 150,000 tontonan dan lebih 3,000 kongisan kurang satu jam dikongsikan.

Rakaman tersebut juga menampilkan Tun Siti Hasmah, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk A. Kadir Jasin, Syed saddiq Syed Abdul Rahman dan ramai lain pimpinan parti BERSATU.

Mannequin Challenge adalah gerakan meniru patung, caranya dengan mengajak beberapa orang dengan gaya mematung dengan gaya bebas selama lebih kurang 30 saat hingga satu minit dan diiringan musik dan dirakam menggunakan kamera.