'Tun M sepatutnya tidak lupa UMNO Johor pernah sokong ketika jadi PM'
  • 8 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya tidak lupa bahawa UMNO Johor pernah memberi sokongan padu di zamannya ketika menjadi perdana menteri.

Azalina berkata konsep Bangsa Johor membawa kepada permuafakatan di kalangan rakyat Johor.

Azalina berkata demikian bagi menepis dakwaan yang dibuat Mahathir dalam satu forum baru-baru ini bahawa menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.