Penjaga gol maut bertembung rakan ketika perlawanan
  • 7 years ago
Rasa sedih meliputi arena bola sepak Indonesia setelah penjaga gol senior Choirul Huda meninggal dunia sejurus dibawa ke Hospital Umum Daerah Lamongan semalam.

Choirul tampil dalam aksi Liga Utama Indonesia menentang Semen Padang sebelum mengalami kecederaan akibat pertembungan bersama rakan pasukan.

ketika itu Choirul bertembung dengan Ramon Rodrigues ketika mahu menyelamatkan bola dari penyerang Semen Padang, Marcel Sacramento.

Rakaman menunjukkan kaki Rodrigues terkena pada bahagian dada Choirul sebelum beliau rebah pada lewat separuh masa pertama perlawanan.