Cuba Ku Nan datang KL naik LRT, teksi dari Putrajaya - Teresa

  • 8 years ago
Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok mempertikaikan cadangan kerajaan yang mahu kurangkan kesesakan kereta yang masuk ke Kuala Lumpur, sedangkan kemudahan infrastruktur masih lagi belum sempurna.

Teresa menjelaskan pihak-pihak yang berkepentingan membuat dasar kenaikan kadar caj parkir ini mungkin duduk di bilik penghawa dingin dan gagal merasai kesusahan rakyat.