Gantung operasi LRT: Rapid Rail KL sedang cari solusi
  • last year
Prasana telah menggantung perkhidmatan 16 stesen LRT aliran Kelana Jaya ekoran kerosakkan berulang dalam sistem isyarat kerana ia menyebabkan pusat kawalan gagal mengesan lokasi kereta api.

Pengumuman penggantungan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pengguna.

Sementara itu dalam sidang medianya hari ini, Prasarana membuat permohonan maaf dan memaklumkan masalah tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan aliran tersebut perlu digantung kerana ia membawa risiko keselamatan.