Video: 'Durian bakar' fenomena baru buat penggemar durian

  • 8 years ago
Musim durian tahun ini diwarnai dengan fenomena baru buat para penggemar buah yang mendapat jolokan sebagai 'Raja buah'.

Durian bakar fenomena baru cara memakan durian iaitu dengan durian dikopek sedikit agar terbuka antara ruas, dipanggang atas api sebelum dibuka dan isinya dinikmati seperti biasa.

Ada antara pengguna mengatakan selepas dibakar isi durian menjadi lembut, lebih manis dan lazat. Kulit durian juga lebih mudah hendak dibuka.