Lester buat dakwaan baru ke atas Mahathir
  • 9 years ago
Di sebalik membuat dakwaan baru bahawa ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memburukkan kerajaan, bekas wartawan Lester Melanyi gagal membekalkan sebarang bukti.

Sebaliknya, sidang akhbar itu bertukar menjadi ‘panas’, apabila NGO yang mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) - yang menganjurkan majlis itu mendakwa wartawan bersikap biadap.