Pengembala tertidur, kambing berkeliaran di jalan

  • 8 years ago
Kira-kira seribu kambing biri-biri terlepas bebas memenuhi jalan bandar Huesca, Sepanyol selepas pengembalanya tertidur.

Haiwan itu terlepas kira-kira jam 4 pagi semalam, dan pengembalanya tidak sedar semua kambingnya terlepas dari kandangnya.

Polis yang menerima panggilan telefon daripada penduduk terpaksa mengepung dan menghalaunya semula ke kandang.