Jalan Semangat dinamakan semula Jalan Professor Khoo Kay Kim

  • 5 years ago
Bagi mengenang segala jasa dan bakti mendiang Khoo Kay Kim kepada negara, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan menamakan semula Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Khoo Kay Kim.

Kerajaan Negeri juga menetapkan bahawa semua papan tanda jalan Negeri Selangor akan menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

Ini selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967.

Perihal ini turut mendapat perhatian DYMM Tuanku yang telah memberi titah dan nasihat agar Kerajaan Negeri Selangor memartabatkan Bahasa Melayu dengan menetapkan hanya
Bahasa Melayu digunakan dalam papan tanda rasmi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan.