Video: Perompak gagal tarik mesin ATM guna kereta

  • 8 years ago
Kamera litar tertutup CCTV di sebuah Bank di Kuala Krai merakamkan aksi seperti dalam filem apabila dua orang pencuri cuba menarik mesin ATM di bank tersebut menggunakan kereta.

Dalam rakaman tersebut kelihatan suspek lengkap bertopeng dan bersarung tangan keluar dari kereta dipercayai jenis Honda Civic FD mengeluarkan tali dari bonet belakang kereta dan memasangnya pada mesin ATM.

Sejurus itu suspek memasuki kereta yang diletakkan dihadapan bank tersebut dan cuba menarik mesin ATM yang sudah diikat tersebut dengan mengerakkan kereta berkenaan.

Namun cubaan itu gagal apabila tali tersebut putus sejurus sahaj kereta tersebut gergerak ke hadapan.

Recommended