Video penyamun panjat pagar, samun mangsa

  • 8 years ago
Semakin hari semakin teruk jenayah yang berlaku di negera ini. Jika sebelum ini samun berparang di bangi, ragut yang menyebabkan bayi cedera dan kini penyamun berani memanjat pagar rumah untuk menyamun mangsa.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV memaparkan seorang wanita disamun selepas masuk ke pagar rumahnya tersebar di laman sosial.

Sejurus mangsa masuk ke kawasan rumah, pagar automatik terus tertutup rapat namun suspek yang nekad terus memanjat pagar dan melompat ke dalam kawasan rumah.

Kemudian berlaku pergelutan di mana beg tangan wanita malang terbabit berjaya dirampas seterusnya penyamun terbabit terus berlari ke luar.

Mangsa yang tidak puas hati cuba mengejar namun tindakan itu menyebabkan dia jatuh manakala penyamun terbabit sempat melarikan diri menggunakan motosikal ditunggang rakannya yang siap sedia menanti di luar.

Recommended