Ketua geng samun 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis
  • 8 years ago
Seorang lelaki dipercayai ketua Geng Rizal Kundang cedera selepas ditembak polis di Taman Desa Coalfield, Sungai Buloh semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Dr. Abdul Aziz Awang Darus mengesahkan kejadian terbabit dan berkata lima das tembakan dilepaskan pihak polis selepas kereta dinaiki suspek tidak mahu berhenti dan menuju ke arah kenderaan peronda.

Geng Rizal Kundang aktif melakukan samun dengan menggunakan uniform pasukan keselamatan di sekitar Kuala Selangor, Shah Alam, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.