Video: Lelaki mengamuk ditembak polis bukan penceroboh
  • 8 years ago
Viral rakaman seorang lelaki mengamuk dengan bertindak agresif dan cuba untuk mencederakan orang awam dikatakan penceroboh.

Namun Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata lelaki terbabit bukan seorang penceroboh seperti mana yang dihebahkan di laman sosial hingga mencetuskan panik di daerah berkenaan.

Katanya anggota polis tiba dilokasi kejadian dan cuba menenangkan mangsa tetapi dibaling objek keras oleh mangsa sehingga seorang anggota polis cedera.

Susulan itu anggota polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai tubuh lelaki terbabit.