LGE- 'Mungkin Zahidi kena turun ke Pitas dan panjat pokok, baru dia tahu'

  • 4 years ago
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin semalam yang menuduh seorang mahasiswa dari Sabah berbohong mengenai peperiksaan universitinya.

Beliau turut menggesa Zahidi untuk turun padang sendiri ke Pitas, Sabah iaitu tempat asal Veveonah Mosibin, pelajar Sabah yang tular sebelum ini untuk mengetahui sendiri masalah liputan internet di kawasan itu dan di Sabah amnya.

Katanya lagi, bekas menteri komunikasi dan multimedia, Gobind Singh Deo telah mengesahkan kbahawa ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, sebanyak 50 tapak telah diperuntukkan kepada Sabah di bawah Projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) .

Lim berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran bilik gerakan pilihan raya negeri DAP di Sabah hari ini.