Bawa bekal ke pejabat hanya guruan, kata menteri

  • 8 years ago
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa isu 'bawa bekal' ke pejabat bagi menangani kos sara hidup hanya sebagai gurauan beliau bersama pegawai-pegawai kementerian.

Beliau berkata, media sepatutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai isu besar kerana itu adalah cara beliau untuk bermesra dengan pegawai ketika himpunan bulanan kementeriannya