'Hanya 1.92 peratus penjawat awam belum divaksin Covid-19' - Menteri

  • 3 years ago
Jumlah penjawat awam yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 mencecah 98.18 peratus setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, ia bermakna jumlah penjawat awam yang belum mengambil pelalian berkenaan hanya berbaki 1.92 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta orang.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) yang meminta penjelasan mengenai status dan hak penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin dan adakah kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam itu.