Khairy jelaskan mengapa hanya 70 peratus rakyat akan terima vaksin

  • 3 years ago
Sasaran 70 peratus rakyat Malaysia yang akan menerima vaksin Covid-19 pada suku pertama 2021 akan tertumpu kepada golongan dewasa untuk negara mencapai imuniti kelompok.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, ini kerana apabila imuniti kelompok berjaya dicapai, individu yang tidak menerima vaksin sukar mendapat jangkitan Covid-19.