Istana pasir tertinggi di dunia

  • 9 years ago
Sebuah binaan istana pasir yang dibina di pantai Virginia Key, Florida dengan menggunakan 1,800 tan pasir dicatatkan sebagai istana pasir tertinggi di dunia.

Sekumpulan 12 artis seni membina istana yang mengagumkan itu dan bertujuan untuk menandingi rekod istana pasir tertinggi yang dicatatkan di bandar Niteroi, Brazil dengan ketinggian 12.6 meter.

Istana pasir berkenaan dibina atas permintaan syarikat penerbangan Turkish Airlines bagi menandakan perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu dari bandar Miami, Florida ke Istanbul, Turki.

Recommended