Tentera siber Umno gagal tangkis kalungan 'kangkung' PM

  • 9 years ago
Meskipun ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Kemaman, Terengganu yang mempertahankan kenaikan harga barangan, terutamanya sayuran seperti kangkung sudah berlalu empat hari ini, namun ia terus hangat diperbualkan di alam maya.

Kenyataan itu terus menjadi menjadi bahan lawak dengan pelbagai versi serta lagu baru digubah secara kreatif yang mengaitkan kangkung dengan pentadbiran kerjaaan persekutuan sekarang.