Shafie- Hanya Dr M berjaya tumbangkan Umno, lain-lain gagal
  • 4 years ago
Pada wawancara bersama media di Kuala Lumpur pagi ini, Presiden Warisan Shafie Apdal menekankan pentingnya peranan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terutama berkaitan dengan sokongan pengundi Melayu, supaya PH dan sekutunya dapat merebut kembali Putrajaya.

Ketua menteri Sabah itu menjelaskan inilah alasan kenapa beliau menyokong pemimpin berusia emas itu untuk dinobatkan sebagai calon perdana menteri PH Plus.

Bagaimanapun Shafie mengatakan bahawa beliau tidak menentang Anwar mengambil alih tampuk pemerintahan selepas enam bulan Mahathir mentadbir sebagai perdana menteri seperti yang dicadangkan sebelumnya.
Recommended