Tidak peduli MCA, MIC punca utama Umno S'ngor gagal kalahkan PH - Khir Toyo

  • 2 years ago
Umno Selangor perlu membantu mengukuhkan parti-parti komponen dalam BN untuk meraih semula sokongan undi di Selangor pada pilihan raya umum yang akan datang, kata bekas menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo.

Mengakui Pakatan Harapan (PH) masih kuat di negeri itu, Khir berkata BN Selangor perlu kerja lebih keras untuk menarik semula sokongan bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga daripada pengundi bukan Melayu.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara ekslusif bersama Malaysiakini, di Shah Alam semalam.