Ahli PKR saman Hadi: Saifuddin nafi pucuk pimpinan lepas tangan

  • 9 years ago
Terdapat perkembangan positif berhubung kes kes saman ingkar RM2 juta antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu Mohd Shamsul Mat Amin.

Sambil menafikan PKR lepas tangan dalam kemelut itu, setiausaha agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata dalam tempoh 72 jam ini beliau sendiri menghubungi kedua-dua pihak bagi menyelesaikan perkara ini agar ia tidak berterusan.

Minggu lalu, Hadi diarahkan membayar saman RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar. Beliau disaman oleh Shamsul berikutan kenyataan presiden PAS itu bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.