MB S'gor: Saya teruja laksanakan Akta 114 WSIA

  • 9 years ago
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau kini teruja untuk menyaksikan kerajaan pusat melaksanakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Katanya, pihak kerajaan persekutuan sedang menulis surat kepada semua konsesi air di negeri itu untuk memberi peluang mereka mempertimbangkan tawaran kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula industri air sebelum melaksanakan akta berkenaan.