Adam Adli: Penjara akan jadi universiti ketiga saya

  • 9 years ago
Aktivis Adam Adli Abd Hamid berkata beliau langsung tidak menyesal sekalipun dikenakan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.

Katanya, jika proses rayuannya gagal dan dihumban ke penjara, maka dirinya akan cuba menghabiskan pengajiannya dalam bidang undang-undang.