MB, Exco belum terima laporan protes kuil Puncak Alam

  • 9 years ago
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan ahli exco Selangor Datuk Teng Chang Khim mengakui masing-masing belum mendapat laporan berhubung dakwaan sekumpulan penduduk Islam mengadakan protes di Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam bagi membantah pembinaan sebuah kuil di kampung mereka.

Menurut Azmin, bantahan berlaku hampir setiap hari tetapi kekuatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah ia sentiasa mendengar rungutan kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Semalam sebuah Semalam sebuah portal yang memetik Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kira-kira 300 hingga 500 penduduk berang dengan kerajaan Pakatan kerana membenarkan kuil dibina di kawasan majoriti penduduk Islam.

Recommended