Butiran pengadu rusuhan Low Yat tersebar di media sosial
  • 9 years ago
Ketua Biro Undang-undang, Pemuda Gerakan, Chai Ko Thing mahu polis memberi jaminan keselamatan kepada seorang penjual telefon di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur yang membuat aduan polis berhubung rusuhan di pusat membeli belah itu pada Ahad lalu.

Katanya, selepas membuat aduan berkenaan, butiran peribadi, termasuk gambar pengadu dimuat-naikkan di media sosial dan kini menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.