PM arah IGP bendung rusuhan Low Yat

  • 9 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya membendung rusuhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam semalam agar ia tidak berulang.

Bercakap kepada wartawan, selepas menyampaikan bantuan kepada golongan gelandangan dalam Program Nur Ramadan, katanya, apa yang berlaku perlu dilihat sebagai jenayah dan bukannya masalah perkauman.