Polis sahkan kes Low Yat kecurian bukan perkauman

  • 9 years ago
Pihak polis hari ini mengesahkan rusuhan dan pergaduhan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu antara tujuh lelaki dengan beberapa pekerja sebuah kedai telefon bimbit berpunca daripada kes curi dan tiada kaitan isu telefon tiruan atau perkauman.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa pada sidang akbar hari ini, meminta orang ramai agar mendapatkan maklumat tepat dan bertindak secara rasional dengan tidak mudah mempercayai sebarang perkara yang tersebar di media sosial.

Recommended