Kes Djoko Tjandra- Polis sahkan penahanan, enggan ulas lanjut
  • 4 years ago
Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor hari ini enggan mendedahkan butir-butir operasi bersepadu di antara PDRM dan polis Indonesia yang menyebabkan penahanan buruan rasuah Indonesia, Djoko Tjandra pada Khamis lalu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan penahanan terbabit dan menyatakan bahawa warga Indonesia tersebut telah dihantar pulang ke negara tersebut.

Sebelum ini portal berita Indonesia, Detik.com yang memetik kenyataan polis Indonesia melaporkan Djoko telah ditangkap di Malaysia.