Ramai fikir nak masuk dunia fesyen kena ada kelulusan, kena ada network, kena ada modal besar. Tetapi tidak bagi Hakim Mazlan, iaitu founder kepada jenama streetwear tempatan, OnePlusTwo (OPT).
Dia mulakan OPT dengan satu benda je keberanian. Belajar dari jalanan, dari pengalaman sebenar, dan dari apa yang orang pakai dan suka. Baginya, fesyen bukan tentang siapa kau kenal atau berapa tebal poket kau, tapi sejauh mana kau faham jiwa dan budaya yang kau nak bawa dalam setiap helaian.