Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Kementerian Pengangkutan tidak lagi memberikan kelulusan kepada pengeluaran dan penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, keputusan itu berdasarkan keputusan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 2022.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi yang memohon penjelasan mengenai garis panduan dan kriteria digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam meluluskan siri plat NPK, termasuk dikeluarkan oleh agensi kerajaan, NGO atau entiti swasta.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Kriteria dasar semasa Kementerian Pengangkutan iaitu memberhentikan pengeluaran atau kebenaran penjualan nombor pendaftaran khas NPK kepada NGO ataupun syarikat korporat adalah dikekalkan seperti mana yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022.
00:23Tiada lagi kelulusan yang akan diberikan kepada pengeluaran NPK yang bertujuan memanfaatkan mana-mana syarikat, individu dan NGO dan bagi tujuan peniagaan yang menjana keuntungan bagi pihak berkenaan.
00:42Sebaliknya hasil nombor pendaftaran istimewa NPI kini dibuka kepada pembidaan melalui JPJ EBIT dan hasilnya dimasukkan ke dalam kumpulan wang disatukan persekutuan, di bawah kerajaan persekutuan dan seterusnya.
01:01Sebahagiannya digunakan untuk program berpaksikan rakyat sejak ianya diperkenalkan pada 2023 sebanyak RM110,069,150 Malaysia telah pun dikutip.