'Saya baru dapat kumpul RM32,000 daripada setengah juta' - Pelajar derita kanser tahap 4
Seorang pelajar Tingkatan Lima yang menghidap kanser neuroblastoma tahap empat memerlukan kira-kira RM500,000 lagi bagi membolehkannya menjalani rawatan Imunoterapi Dinutuximab Beta (Qarziba) yang dijadualkan pada November ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bapa kepada Nurul Syahira Aliesya, 17, iaitu Roshizam Rosli, 50, berkata, jumlah sumbangan orang ramai yang telah terkumpul setakat ini adalah RM32,000.
00:00Seorang pelajar tingkatan 5, Nurul Syahira Alisha 17 tahun yang menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 memerlukan kira-kira RM500,000 bagi membolehkannya menjalani rawatan imunoterapi dinotaksimab beta atau karzibar yang dijadualkan pada November ini.
00:15Bapanya, Roshizam Rosli 50 tahun berkata, jumlah sumbangan orang ramai yang telah terkumpul setakat ini adalah RM32,000.
00:23Menurutnya, masih banyak dana diperlukan bagi membolehkan anaknya menjalani rawatan tersebut yang dijadualkan November ini.
00:31Roshizam berkata, buat masa ini, doktor memberikan anaknya makan sejenis ubat bermula semalam selama dua minggu sebelum menjalani rawatan karzibar.
00:40Bagaimanapun menurutnya, dalam tempoh pengambilan ubat tersebut, anaknya tidak dibenarkan terdedah kepada cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan kulitnya terbakar.
00:49Kata Roshizam, anaknya perlu mengambil 10 biji ubat setiap hari dan pada masa sama menjalani pemeriksaan darah setiap rabu di Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur.
01:00Jelasnya, doktor menyatakan jika tidak dapat kumpulkan wang berkenaan anaknya perlu bergantung kepada ubat talian hayat.
01:07Roshizam berkata, jika boleh dia dan isteri tidak mahu anaknya bergantung kepada ubat selama-lamanya kerana tidak tahu kesan jangka panjang terhadap anaknya.
01:19Tak dapat, dia akan dia bagi macam ubat hayat lah.
01:23Ubat hayat ni, maksudnya kalau dia kena makan selagi hayat dia, lepas tu, kalau dia terlewat ataupun dia lupa, benda tu akan, apa mah, relax?
01:36Cancer tu akan membiak lagi kuat lah daripada sebelum ni.
01:41Maksudnya dia dah anti-chemo lah.
01:44Maksudnya dia, maksudnya kita tak boleh nak rawat dia lagi lah.
01:48Itu maksudnya ubat hayat untuk dia lah.
01:52Opsi kedua lah.
01:55Jadi kalau boleh kami memang tak nak.
01:57Boleh rasa dia tak nak juga lah buat rawatan ni.
01:59Tapi mak kata takpelah dia macam tu lah cari.
02:02Cari bagi-bagi semua supaya berjalan dengan rawatan.