PRN Sabah: Rundingan pastikan tiada pertembungan tiga penjuru PH-BN-GRS
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memastikan tiada pertembungan tiga penjuru antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang berusaha mencapai persetujuan agar pertembungan antara ketiga-tiga gabungan tersebut dapat dielakkan.