Sebilangan kecil penduduk Kampung Jawa, Klang, mendakwa bahawa mereka telah diusir secara tidak sah oleh pemaju Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.
Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5 Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Download FMT News App: Google Play – http://bit.ly/2YSuV46 App Store – https://apple.co/2HNH7gZ Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP
00:00Pertikaian pengambil alihan sebidang tanah di Kampung Jawa Klak berpotensi mengganggu kemajuan penyiapan lebuh raya persisiran Pantai Barat menghubungkan Banting Selangor dengan Taiping Perak sepanjang 233km.
00:13Seterusnya akan memberi kesan kepada keselesaan pengguna lebuh raya berkenaan.
00:18WCE dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2026.
00:22Tiga seksyen masih dalam pembangunan adalah seksyen 3, 4 dan 7.
00:27Proses pengambilan tanah bagi keseluruhan jajaran WCE telah pun selesai dilaksanakan kecuali Lot 15762 di Kampung Jawa Klak.
00:38Seksyen 3 masih mengalami kelewatan.
00:41Puncanya, satu pertikaian melibatkan sekumpulan kecil pemilik tanah di Kampung Jawa Klak yang enggan mengosongkan tanah yang telah pun diambil alih oleh kerajaan.
00:51Pada 12 Jun, West Coast Expressway, Sendai Berhad meluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa satu proses pendengaran rasmi pengambilan tanah telah dijalankan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dan pampasan sebanyak RM9.8 juta diputuskan untuk tanah seluas 1.87 eka.
01:12Sejumlah 75% daripada jumlah itu atau RM7.4 juta telah dibayar kepada 33 pemilik tanah pada September 2023 di mana 14 daripada pemilik tanah telah menerima pampasan sebanyak RM2.4 juta secara langsung
01:30manakala 19 pemilik tanah telah memilih untuk menyalurkan pampasan mereka kepada peguam yang dilantik.
01:38Seterusnya pada November 2023, Borang K diperoleh menandakan bahawa tanah tersebut kini secara sah dimiliki oleh kerajaan
01:46dan bekas pemilik tanah tidak lagi mempunyai hak undang-undang untuk terus menduduki tanah tersebut.
01:52Namun Chandrakumar yang mewakili penduduk di situ tidak bersetuju.
01:56Seorang peguam Koh Yu Chong yang berpengalaman dalam proses pengambil alihan tanah menjelaskan
02:15Di Malaysia hari ini, pengambilan tanah adalah dikawal ataupun diuruskan oleh Akta Pengambilan Tanah 1960.
02:23So, di dalam akta tersebut, dia memberi cawangan kepada pihak yang mengambil tanah tersebut
02:29dan juga pihak yang tanahnya diambil untuk mendapat selesaian yang sewajarnya.
02:34Kedua-dua pihak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mencabar jumlah pampasan tersebut
02:39sekiranya mereka rasa jumlah tersebut tidak setimpal.
02:43Namun, proses ini tidak akan menjejaskan status pengambilan tanah yang disahkan.
02:50JKPTG telah menyelesaikan pampasan RM5 juta kepada 19 pemilik tanah berkenaan.
02:57Status pengambilan sahkan adalah terjadi semasa borang H dikeluarkan.
03:02Dan akta pengambilan tanah itu telah pun menentukan bahawa pemberian sebanyak 75% pampasan itu dibayar kepada pemilik tanah
03:13atas dasar keprihatin terhadap keperluan pemilik tanah yang terpaksa pindah keluar daripada tanah mereka.
03:20Jumlah ini sebenarnya membolehkan mereka memulakan langkah penetapan semula.
03:24Pampasan yang diberikan oleh pejabat paduang adalah di menuzukar.
03:27Dan daripada yang berjumpa, tidak 30% telah pun dibayar.
03:32Itu ya.
03:33Tapi dari bahagian dalam, kami tak nak terima duit itu.
03:36So, kami telah pun salurkan duit itu kepada peguam tadi supaya itu boleh disalurkan kepada mahkamah bila bicara keperluan.
03:45Alasan bahawa wang tersebut itu disimpan oleh peguam untuk tujuan kalau tersirat saya salurkan balik kepada mahkamah sebenarnya tidak perlu sabar.
03:55Kerana pertamanya adalah untuk penduduk atau pemilik yang asal menetapkan semula, start again.
04:01Dan proseding pampasan itu adalah sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada pemilik untuk mendapatkan rumah baru, tanah baru.
04:10So, dalam pengalaman saya, saya mengamal lebih daripada 30 tahun dah.
04:14Tak pernah ada kes ini yang menjadi.
04:16So, dalam undang-undang di bawah Akta Pengambilan Tanah pun tidak ada sebarang peruntukan.
04:22Peruntukan untuk pensaluran wang kepada mahkamah hanya diberikan kepada pendapatan tanah, bukan untuk pemilik tanah.
04:30Sema akan mendapati tanah tersebut didaftar sebagai tanah pertanian.
04:34Mengikut peruntukan undang-undang, tanah pertanian hanya dibenarkan memiliki satu struktur binaan sahaja untuk setiap hak milik.
04:42Tapi dalam kes ini, saya percaya lebih daripada 20 lagi struktur yang dibina.
04:46Dan kalau nak cakap secara teknikal ini, keadaan ini dari segi undang-undang, jelaslah adalah kes pelanggaran syarat.
04:53Tapi namun begitu, dalam pandangan saya lah, kerajaan dilihat telah pun mengambil posisilah yang berhemah.
05:01Mereka telah pun memberi pampasan bertakluk pada penggunaan tanah yang sebenar dan kepada kesemua yang terlibat.
05:07Penyelesaian terhadap isu ini perlu disegerakan agar pembangunan tidak tertangguh dan dapat memberi manfaat kepada jutaan rakyat di negara ini.