00:00Pengerusi Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma, Edmund Terence Gomez, bimbang pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruan Jaya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan memetik dakwaan terdahulu berkait konflik kepentingan membabitkan saham korporat didakwa dimilikinya.
00:18Beliau membangkitkan keengganan Azam menghadiri mesyuarat jawatan kuasa pilihan khas parlimat untuk menyoalnya berhubung urusan jual-beli saham dikatakan dimilikinya pada Januari 2022.
00:32Gomez yang meninggalkan panel SPRM pada 2021 itu berkata, semakin banyak wacana awam berhubung pendakwaan terpilih dan memberi amaran persepsi sebikian boleh menjejaskan kepercayaan terhadap SPRM.
00:45Katanya jika SPRM benar-benar bebas, tidak akan timbul persoalan berhubung pendakwaan terpilih dan jika mahu ia dihentikan, Ketua SPRM haruslah dipilih melalui proses terbuka serta telus.
00:59Jumat lalu Ketua Setiausaha Negara Syamsul Azri Abu Bakar mengumumkan yang dipertuan agung Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan semula Azam selama setahun berkuat kuasa semalam.