Kenaikan Tarif: Ramai Pengguna Mengeluh, Baru Awal Bulan BIL ELEKTRIK Melambung Tinggi!
Seiring pelaksanaan Penstrukturan Tarif Elektrik yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, pelanggan TNB akan menerima bil peralihan bagi penggunaan elektrik bulan Julai 2025. Bil peralihan akan memaparkan struktur kadar tarif lama (sehingga 30 Jun 2025) dan kadar tarif baharu (mulai 1 Julai 2025).
Pengguna boleh mengakses bil Julai 2025 melalui portal atau aplikasi myTNB dalam tempoh 24 jam selepas bacaan meter dibuat.
Namun baru seminggu kenaikan tarif, hari ini ramai pemilik kediaman yang mengeluh, berkongsi cerita baru awal bulan, bil elektrik rumah mereka melambung tinggi. Kenaikan mendadak, berganda naiknya daripada biasa!
Ada juga yang mengatakan ada isu teknikal pada aplikasi MyTNB. Kita tunggu penjelasan lanjut daripada pihak TNB nanti
Sebagai pengguna bijak, bila kita nampak bil elektrik kita pelik luar biasa macam tak masuk akal, jangan lupa buat buat laporan email kepada tnbcareline@tnb.com.my atau hubungi 1-300-88-5454 untuk kepastian. Semoga ada tindakan lanjut dengan segera.