Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sneak Peek Duplex 2 Bilik Konsep Industrial, Dekor Guna Barang Kitar Semula!

IMPIANA cukup teruja dapat menjejakkan kaki ke tingkat 21, Duplex 2 Tingkat di Kondominum Arte Mont Kiara ini, kerana banyak dekorasi unik dan banyak barang-barang kitar semula yang digunakan sebagai dekorasi kediaman.

Pemilik (Jimmy) mempunyai 3 unit Duplex di sini dan kesemuanya mempunyai konsep yang berbeza iaitu Modern Classic, Industrial dan Metropolitan.

Untuk perkongsian IMPIANA House tour kali ini, kami kongsikan unit Duplex yang cukup bergaya berkonsep Industrial. Banyak barang-barang kitar semula yang digunakan antaranya seperti bangku daripada tong minyak, kaki mesin jahit dijadikan tv console, tangki gas dijadikan 'bar stool' dan sebagainya.

Menariknya, pemilik sendiri yang menentukan konsep, mencari perkakasan & perabot, memilih material dan menghias sendiri unit Duplex ini tanpa menggunakan pereka ID pada kediaman yang hanya dijadikan inap singgah Airbnb ini.

Nantikan video penuh house tour ini nanti!

INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Jimmy
Usia Kediaman: 2021 (4 Tahun)
Konsep Hiasan Dalaman: Industrial
Lokasi: Arte Mont Kiara
Keluasan Kediaman: 958kps
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM100k

Jenis Kediaman:Duplex Kondominium
Spesifikasi Ruang Kediaman:
Dapur, Ruang Tamu, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, powder room, Balkoni.

#impiana
#duplexartemontkiara
#airbnb
#dekorasikonsepindustrial
#konsepdekorasikondominium
#sneakpeekhousetourimpiana
#perabotkitarsemula
Transcript
00:00I'll see you next time.
00:30I'll see you next time.
01:00I'll see you next time.

Recommended