Kreatif Lukis Gambar 'Hulk' Sembunyikan Bahagian Pintu Pecah
Bila anak kecil terkunci dalam tandas, memang cemas dibuatnya. Dalam keadaan panik selalunya memang tak dapat berfikir panjang, asalkan anak dapat diselamatkan dengan cepat.
Menerusi perkongsian di Tiktok momsterlily, gara-gara anak terkunci dalam tandas, wanita ini telah menendang pintu tandas di rumah sehingga pecah, demi ingin segera menyelamatkan anak keduanya.
Namun cara wanita ini bagi mengatasi pintu yang telah pecah ini memang kreatif dan cukup berseni.Bahagian pintu yang pecah telah dilukis dan diwarnakan dengan karakter kartun Hulk yang berasal dari komik Marvel.
Jimat kos tak perlu tukar pintu baru, malah bahagian yang pecah pun dapat 'disembunyikan'