00:00Bekas Menteri UMNO Nazri Aziz menyeru parti tidak perlu gusar mengenai pengunduran Tengku Zafrul Aziz sebaliknya fokus menamakan pegantinya dalam kabinet.
00:12Nazri berkata tiada salahnya Tengku Zafrul umum keluar UMNO dan berhasrat menyertai PKR kerana beliau hanya menzahirkan kebebasan untuk berpersatuan.
00:22Nazri berkata tindakan Tengku Zafrul keluar parti juga dijangka dan tidak menjejaskan parti memandangkan beliau telah letak jawatan benda hari UMNO Selangor pada April tahun lalu.
00:33Sementara itu Amiruddin Syari menepis tanggapan kononnya hasrat Tengku Zafrul menyertai PKR bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor.
00:42Amiruddin berkata beliau maklum dengan cakap-cakap sedemikian namun menyifatkannya rumit memandangkan Tengku Zafrul bukan adun negeri selain penggaldun berbaki dua tahun setengah.
00:54Mengulas kesan penyertaan Tengku Zafrul ke atas hubungan dengan UMNO, Amiruddin berkata satu perbincangan diadakan hari ini antara kedua-dua pihak namun beliau enggan mendedahkan perincian berhubung perkara itu.