00:01Kenyataan Presiden UMNO mengenai Tengku Zafrul Aziz mencerminkan parti sedia move on daripada terus dibayangi bekas ahli majlis kerja tertinggi itu, kata penganalisis politik.
00:12Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, pendirian Zahid Hamidi adalah isyarat bahawa UMNO mahu kembali bergantung kepada calon berakar umbi, bukan tokoh teknokrat seperti Tengku Zafrul.
00:25Pada 2 Jun lalu, Zahid berkata partinya tidak kepanasan selepas Tengku Zafrul umum tinggalkan UMNO dan berhasrat serta IPKR sambil menyifatkan elok beliau keluar jika tiada kesetiaan dalam parti.
00:38Sementara itu, Arif Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara berkata, pendirian Zahid menunjukkan penghijrahan Tengku Zafrul tidak memberikan kesan signifikan kepada UMNO mungkin kerana beliau bukan berstatus ahli parlimen atau adut.
00:53Untuk rekod, Tengku Zafrul kalah pada PRU 15 di Parlimen Kuala Selangor dan beliau adalah ketua bahagian Kota Raja.