00:00Veteran DAP Lim Kitsyang mempersoalkan deklarasi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhubung pendirian Melayu Terlebih Dahulu sebagai pandangan lamanya.
00:12Bekas Aliparlimen selama 11 penggal itu meminta Muhyiddin menyatakan bilakah beliau beralih daripada deklarasinya Melayu Terlebih Dahulu pada 2010 kepada Malaysia Dahulu.
00:24Lim juga menyoal sama ada Muhyiddin bersedia mengetuai kempen untuk menggesa semua rakyat Malaysia melihat diri berdasarkan kerayatan mereka terlebih dahulu dan bangsa mereka di tempat kedua.
00:36Pada 2010, Lim mencabar Muhyiddin menyatakan sama ada beliau orang Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu ketika mengkritik gagasan satu Malaysia yang dicanang kerajaan Najib Razak untuk menyokong perpaduan.
00:50Muhyiddin yang juga timbalan Najib ketika itu berkata beliau orang Melayu terlebih dahulu tetapi ini tidak bermakna beliau bukan rakyat Malaysia.
01:00Semalam Ahli Parlimen Pagoh itu ketika berucap dalam Festival Perpaduan India, Anjuran Parti Rakyat India Malaysia yang juga parti komponen PN mengakui pernah berkata bahawa beliau Melayu terlebih dahulu
01:14tetapi itu tak penting lagi kerana beliau seorang Melayu yang prihatin dengan semua rakyat Malaysia.