00:00Bersatu menafikan laporan Presiden Muhyiddin Yassin bertanggungjawab melantik Ali Mohamad sebagai timbalan ketua penerangannya.
00:09Bagaimanapun, Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz tidak menyatakan siapa bertanggungjawab atas pelantikan Ali sebagai timbalan ketua penerangan parti itu.
00:19Sebelum ini, seorang pemimpin bersatu yang enggan namanya didedahkan memberitahu FMT bahawa pelantikan Ali telah dibuat secara unilateral oleh Muhyiddin tanpa dibawa ke Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
00:33Tun Faisal menjelaskan pelantikan Ali tidak perlu melalui MPT kerana tiada syarat seperti itu dalam Perlembagaan Bersatu.
00:41Beliau berkata sumber yang dipetik FMT adalah teruk dan tidak boleh dipercayai.
00:46Ali bekas timbalan pengerusi UMNO Melaka menyertai Bersatu pada April tahun lalu.
00:53Menurut sumber Ali dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sekitar 2021 hingga 2023 didakwa sebagai balasan kerana memberikan kerja menambak laut di perairan kota Laksamana.