Pemilihan semula Ketua PKR Sabah Mustapha Sakmud sebagai ketua bahagian mampu memberikan nafas baharu bagi prospek parti itu pada PRN akan datang, kata penganalisis.
00:00Kekalahan Pemimpin Veteran Christina Liu di cabangnya sendiri dan pemilihan semula Ketua PKR Sabah, Mustafa Sakmut sebagai Ketua Bahagian, mampu memberikan nafas baru bagi prospek parti itu pada PRN akan datang, kata penganalisis.
00:18Mustafa menang di Kota Belut, manakala Liu bekas timbalan Ketua Menteri Sabah tewas jawatan tertinggi bahagian Kota Kinabalu pada pemilihan PKR hujung minggu lalu.
00:30Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu percaya peralihan kepimpinan dalam PKR Sabah akan membantu PH mengemudi rundingan dalaman dan peruntukan kerusi dengan lebih baik menjelang PRN akan datang.
00:45Beliau juga berkata kemenangan Mustafa mencerminkan kepercayaan akar umbi yang kukuh meletakkan beliau pada kedudukan yang baik untuk memimpin parti mengharungi PRN.
00:55Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara berkata kekalahan Liu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pengaruhnya semakin pudar sejak kebelakangan ini.
01:07Namun Hisamuddin Bakar dari Ilham Center memberi peringatan, walaupun Mustafa membawa semangat baru, cabaran terbesarnya masih menanti terutama dengan dinamik pakatan yang kompleks di Sabah.