Penganalisis Tawfik Yaakub berkata Adam Adli yang tewas perlu memberi laluan kepada Shamsul Iskandar Akin yang memenangi semula jawatan ketua PKR Hang Tuah Jaya, semalam.
00:00Kekalahan Adam Adli bagi jawatan timbalan Ketua PKR Hantuah Jaya mungkin mengubah dinamik dan masa depan politiknya, terutama dalam penentuan kawasan bertanding pilihan raya, kata pengalansis politik.
00:14Taufik Yaakob dari Universiti Malaya berkata, pada PRU16, Ahli Parlimen Hantuah Jaya itu mungkin perlu memberi laluan kepada Syamsul Izgada Akin yang memenangi semula jawatan Ketua PKR Hantuah Jaya semalam.
00:28Katanya, kedudukan Syamsul sebagai pegawai kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin menguatkan lagi pergerakan politiknya untuk kembali ke Parlimen Hantuah Jaya.
00:37Mengulas masa depan Ketua Pemuda PKR itu yang tewas pada pemilihan peringkat bahagian Sabtu lalu, Taufik berpandangan Adam perlu mencari tapak politik baru dalam parti seperti pulang ke negeri asalnya di Pulau Pinang.
00:50Bagaimanapun fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan pula berpendapat, nasib Adam itu mungkin boleh berubah jika beliau boleh memenangi salah satu kerusi Majlis Pimpinan Pusat pada pemilihan berlangsung 24 Mei depan.