Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat belum lengkap
  • 25 hari lalu
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat belum lengkap

BERITA SEMASA 2 APRIL 2024

Individu yang telah mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih boleh menghantar maklumat yang belum dilengkapkan walaupun selepas tarikh tutup pendaftaran sistem tersebut pada Ahad.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagaimanapun tarikh tutup bagi pendaftaran sistem PADU kekal hingga 31 Mac.

Jelas beliau, individu yang masih mempunyai lagi maklumat yang mungkin tidak lengkap dalam pengenalan diri (gagal pengesahan identiti), e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), pasukan PADU sedang membantu untuk memastikan mereka dapat menghantar atau melengkapkan maklumat yang diperlukan ke dalam sistem tersebut.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657716/berita/nasional/pendaftar-padu-masih-boleh-hantar-maklumat-belum-lengkap

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PADU