Pilihan raya PBT belum sesuai, tapi boleh terus dibincang - Hasbie Muda
  • 4 bulan lalu
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2023

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat bahawa pilihan raya
pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak sesuai dilaksana pada masa ini.

Walau bagaimanapun, ujar Senator Mohd Hasbie Muda, perbincangan mengenai perkara tersebut tidak harus ditamatkan.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Negara, proses perbincangan dan kajian pilihan raya PBT boleh diadakan secara menyeluruh melibatkan semua pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian dalam sesi Wawancara Eksklusif Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640805/berita/tidak-sesuai-tapi-boleh-bincang-lanjut---hasbie

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #PilihanRayaPBT