Aidilfitri: Bantuan subsidi penerbangan dilanjutkan kepada 4 hari
  • bulan lalu
BERITA SEMASA 22 MAC 2024

Bantuan subsidi musim perayaan dilanjutkan bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 6 hingga 9 April.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penambahbaikan tersebut dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan.

Jelas beliau lagi, inisiatif berkenaan selaras dengan usaha kementerian untuk membantu perantau balik kampung, dan memenuhi permintaan pengangkutan awam yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/656011/berita/mahkamah/aidilfitri-tempoh-subsidi-penerbangan-dilanjutkan-sehari

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #Subsidi #BalikKampung